Duit Kertas Buruk Jangan Dibuang

Duit Kertas Buruk Jangan Dibuang

21 April 2021 0 By Hilmi Ya'kub
RM260 dijumpai masa kemas nak renovate rumah

Alhamdulillah duit yang rosak saya minggu lepas ini dapat ditebus semula kepada duit 100%.

Ini sikit panduan untuk sesiapa yang tetiba terjumpa duit kertas yang jadi keadaan macam ini di mana-mana.

Mula-mula pergi bank yang terima untuk ditukar kepada duit yang elok. Kalau dekat dengan Bank Negara boleh terus ke sana. Saya tanya Bank Rakyat mereka tak terima. Dia suruh pergi Maybank.

Tapi saya pergi CIMB, mereka terima juga. Staf yang bantu saya tu cakap ini pengalaman pertama mereka. Tak apa, saya cakap kat dia kita sama-sama kali pertama.

Dia bagi satu slip untuk saya tulis berapa jumlah duit itu. RM260 kesemuanya. Pergi kaunter, orang di kaunter pergi belakang jap bincang dengan staf lain, dia datang balik suruh saya tampal duit yang rosak di atas kertas putih.

Ini slip bank biasa. Ambil di kaunter.

Kertas A4 sesuai sangat lah. Cara tampal dia senang saja. Biar gambar raja itu kat depan. Itu je.

RM160 ditampal atas kertas putih, lagi RM100 tak perlu tampal

Kalau tengok gambar nombor 2 saya itu, duit not RM50 tiga keping dan RM10 satu keping saya tampal atas kertas putih. Yang lain tak perlu tampal sebab masih elok. Elok pun saya masuk dalam mesin CDM tak terima juga.

Dia cek sekali lagi pakai mesin di kaunter, CIMB terus debit ke akaun bank saya RM160.

Lagi RM100 dia cakap kena hantar ke Bank Negara dulu untuk mereka cek. Selepas seminggu (semalam) staf call saya untuk tandatangan satu borang, yang dilampirkan duit RM100 itu.

Staf cakap mereka akan hantar ke Bank Negara petang semalam juga. Hari ini staf call saya, duit RM100 dah dimasukkan dalam bank CIMB saya. Dapat full cash. Alhamdulillah.

Pengajarannya:

  1. Jangan simpan duit di rumah untuk jangka masa yang lama. Nak simpan lama, tukar kepada emas jongkong atau dinar. Hehe.
  2. Duit kertas adalah kertas. Kebanyakan duit kertas diperbuat daripada kulit kayu pine. Dia bukan besi atau perak yang tahan lama.

Hilmi Ya’kub