Dinar Emas pernah digunakan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Penggunaannya telah diperluaskan lagi pada zaman Khulafa’ Al-Rasyidin dan tersebar dari Afrika Utara, Andalusia hinggalah ke Bukhara, Delhi dan Asia Tenggara kemudiannya.

Pada tahun 1924, Republik Turki yang diketuai Mustafa Kamal Ataturk telah membatalkan penggunaan dinar emas sebagai mata wang dan menukarnya dengan syiling dari barat.

Itulah titik hitam berakhirnya penggunaan dinar sebagai matawang rasmi dalam dunia.

Dinar emas tetap berdiri dengan diri sendiri. Walaupun tidak digunakan sebagai matawang, ia tetap bernilai unggul merentasi zaman.

Ini cadangan saya untuk manfaatkan dinar emas pada masa sekarang:

1. Alat untuk membayar zakat.
Nisab zakat adalah 20 dinar emas, iaitu 85 gram. Kadar zakat adalah 2.5% daripada 85 gram iaitu 2.125 gram bersamaan ½ dinar.

2. Hantaran perkahwinan.
Alhamdulillah, akhir-akhir ini sudah ramai amalkan hantaran kahwin dalam bentuk dinar emas atau jongkong emas. Anda juga boleh kan?

3. Pemberian hadiah seperti hadiah hari lahir 1 dinar setiap tahun.
Kalau hadiah 1 dinar setiap tahun, cukup 18 tahun, anak anda mempunyai lebih 70 gram emas. Boleh sangat untuk guna bagi biaya pengajian tinggi. Anak bijak, ibubapa pandai.

4. Harta cagaran di pusat-pusat gadaian ar-Rahnu.
Emas satu-satunya alat kewangan yang boleh dicagarkan di Ar-Rahnu untuk dapatkan tunai segera. Manfaatkan fungsi Ar-Rahnu, sahabatku sekalian. Untuk pusingan modal bisnes amat sesuai sekali.

5. Simpanan kekayaan dalam bentuk emas.
Dinar terbukti simpanan unggul merentasi zaman dan sempadan negara. 1 dinar zaman Nabi s.a.w. boleh beli seekor kambing, hari ini, selepas 1400 tahun, 1 dinar masih dapat beli seekor kambing juga.

Jom simpan dinar. Wasap saya 010-9610838 atau link

http://hilmiyakub.wasap.my

http://hilmiyakub.wasap.my

http://hilmiyakub.wasap.my

Hilmi Ya’kub
Kuching, Sarawak

2 Disember 2018