Kebanyakan datuk nenek kita dahulu mati mereka dengan kaya harta. Duit tak banyak tapi meninggalkan tanah berpuluh ekar. Barang kemas beratus gram. Harta mereka boleh diagih-agihkan jadi harta pusaka untuk anak cucu.

Mereka bekerja keras dengan berniaga kecil-kecilan, bertani, menoreh getah, tanam padi dan sebagainya. Dapat untung sikit mereka tukarkan kepada harta seperti tanah dan emas.

Masa itu kena struggle sebab zaman baru lepas merdeka. Mereka tahu perit jerih untuk makan sesuap nasi. Duit hasil hari ini kena ada simpan untuk hari muka. Kerja makan gaji belum ada waktu itu.

Zaman berganti, industri mula berubah daripada kerja sendiri kepada kerja makan gaji. Datuk nenek kita yang hidup struggle itu tak mahu lagi melihat anak mereka kerja berat. Mereka nak anak cucu mereka mengubah nasib keluarga.

Mereka nak anak mereka belajar tinggi-tinggi dan dapat pekerjaan yang selamat. Kerja makan gaji menjadi tarikan yang utama. Kerja makan gaji jadi glamour sebab semua anak-anak muda masa itu berlumba-lumba belajar tinggi-tinggi untuk mengubah nasib keluarga dan dapat pekerjaan yang best-best.

Industri pertanian, kerja berniaga dan kerja sendiri mula ditinggalkan oleh anak muda. Mereka makan gaji, mereka rasa lebih secured (selamat). Duit gaji yang mereka dapat dihabiskan begitu saja. Tiada lagi rasa nak tukar kepada harta kerana bulan depan dan seterusnya dapat lagi gaji.

Inilah generasi yang ada pada hari ini. Robert Kiyosaki mengkategorikan mereka ini adalah baby boomers, iaitu generasi hasil daripada keperitan hidup ibubapa mereka yang nak anak mereka lebih selamat. Dapat makan dan minum dan sikit bermewah.

Apa kesannya? Kesannya mereka jadi mangsa kepada keadaan. Mereka kerja makan gaji, selamat dapat makan setiap bulan. Tapi mereka lupa yang hidup selepas pencen pun perlukan duit yang banyak.

Bagi yang bawah 40 tahun, waktu sebelum pencen masih ada lagi 10-20 tahun. Cepat mulakan simpanan. Boleh mula dengan emas dulu. Tengok perubahan. Kalau dalam masa 20 tahun ini boleh simpan sampai 500 gram, ini dah cukup untuk dana pencen.

Ini adalah salah satu contoh kesan Baby Boomers. Mereka tiada simpanan yang kukuh selepas pencen

Hilmi Ya’kub