Sekarang dealer sudah boleh daftarkan akaun GAP dan generate PG code pelanggan sendiri tanpa perlu whatsapp kepada staf Public Gold.

Cuma cara ini memerlukan dealer atau pelanggan buat pembelian emas akaun GAP kali pertama saja melalui FPX (ada caj servis RM1) dalam masa 24 jam. Kalau tidak, akaun anda dan pelanggan berstatus beku (freeze).

Saya kongsikan langkah-langkah untuk daftarkan.

1. Anda kena maklumkan kepada prospek, pembelian ini ada caj servis RM1. Kalau prospek setuju baru proceed.

2. Bagi pilihan kepada prospek samada dia nak buat bayaran sendiri selepas dapat PG code nanti, atau transfer ke akaun bank kita untuk kita bantu buat pembelian kali pertama.

Kalau prospek tiada online banking maka kena minta dia transfer ke akaun bank kita. Sebab untuk buat FPX, hanya online banking saja dapat.

3. Selepas persetujuan di buat, minta maklumat prospek, iaitu Nama, No IC, emel dan no. Telefon.

4. Anda kena klik Register Customer (With PG Code) di bawah My Profile

5. Isikan maklumat di ruangan. Industry saya pilih Others, Preferred Branch saya pilih branch yang saya selalu berurusan. Boleh saya pilih branch mana-mana. Password masukkan no IC prospek. Nanti dia tukar selepas ini

Kemudian isikan maklumat di ruangan kosong.

6. Selepas tekan Submit, anda akan dibawa ke page ini. No PG code prospek sudah tersedia. Tahniah!. Dia sekarang sudah bertukar dari prospek kepada pelanggan anda.

7. Copy PG Code pelanggan anda. Ia akan digunakan untuk login di langkah seterusnya.

Copy PG code pelanggan

8. Login akaun menggunakan Username (PG code yang anda copy tadi). Paste saja di ruangan Username. Password adalah no IC sebagaimana anda buat masa daftar tadi.

8. Sekarang anda ada pilihan untuk suruh pelanggan Login sendiri dan buat pembelian melalui FPX atau anda bantu buat untuk kali pertama selepas pelanggan sudah transfer duit kepada anda.

Penting! Sila buat proses no. 8 ini dalam masa 24 jam. Kalau tidak akaun anda dan akaun pelanggan akan di bekukan.

9. Klik Login dan pilih menu My Gap. Cari Go To New Site.

10. Klik menu Purchase

11. Pilih Pay Online (FPX)

12. Ikuti langkah seterusnya. Ia sama saja proses seperti anda buat pembelian online biasa. Ini saja panduan daripada saya. Selama berjaya! Jika ada masalah, boleh hubungi introducer anda.

Saya sedia membantu jika introducer anda tidak lagi aktif bersama Public Gold.