Hari ini saya belajar daripada cicak dan labah-labah.

Cicak keluar mencari rezeki setiap masa. Kat mana-mana kita boleh nampak cicak kerja keras demi sesuap ‘nasi’.

Bila dapat makanan, dia terus makan dan habis disitu. Dia ulang cara yang sama esok dan seterusnya.

Kita tengok hujung sudut rumah kita yang lain, labah-labah sedang berusaha buat sesawang untuk memerangkap makanan.

Dia kerja keras sekali saja, buat betul-betul sesawang yang kukuh. Semakin kukuh sesawang itu, semakin lama ia bertahan.

Labah-labah dapat nikmati hasil kerjanya berkali-kali. Hasilnya mungkin boleh makan sampai kepada anak cucu.

Apa yang kita dapat belajar daripada dua makhluk Allah s.w.t. ini adalah kenal pasti punca pendapatan.

Cicak bekerja untuk mendapatkan pendapatan aktif. Kalau dia keluar cari rezeki, dapatlah dia makan.

Labah-labah bekerja untuk mendapatkan pendapatan pasif. Dia buat kerja keras sekali, tapi boleh makan berkali-kali. Duk relaks saja pun, dapat makan.

Kita boleh pilih nak jadi seperti cicak ataupun labah-labah. Kalau kita nak jadi seperti cicak, kita akan kerja sampai ke usia tua.

Tapi kalau kita rasa nak jadi seperti labah-labah, cari kerja yang penat permulaan, kita dapat rasai sampai ke tua.

Hilmi Ya’kub