Kenapa anak muda perlu belajar buat bisnes seawal yang mungkin?

Perjalanan hidup seorang rakyat Malaysia yang melalui sistem pendidikan biasa bermula daripada sekolah tadika, sehingga sekolah rendah memakan masa 7 tahun. Kemudian masuk sekolah menengah lagi 5 tahun. Keseluruhannya 12 tahun proses pembelajaran di situ.

Kalau masuk IPT, tambah lagi 3-5 tahun. Jadi 17 tahun. Selepas 17 tahun, mereka baru terhegeh-hegeh bawa sijil diploma atau ijazah untuk dapat kerja dan rasa berduit.

Ini bagi saya amat merugikan usia kalau dalam masa 17 tahun ini tiada sebarang usaha nak buat bisnes. Rugi ya amat. Umur 23-25 tahun baru nak rasa duit sendiri.

Benar belajar di sekolah dan universiti itu memang kena belajar. Tapi buat bisnes juga proses belajar.

Biarlah anak muda terdedah dengan jatuh bangun bisnes seawal mungkin. Saya perasan mereka yang terlibat dengan bisnes awal, mereka lebih berdikari, lebih pandai mengurus diri dan kewangan dan yang lebih penting mereka kaya cepat! 

Antara manfaat yang saya nampak bila anak muda mula buat bisnes adalah:

  1. Mereka lebih cepat belajar benda baru. Dan terus buat. Kalau orang dewasa payah sikit sebab berlapis-lapis tahap fikirnya.
  2. Anak muda ada semangat yang tinggi. Ilmu cari kemudian. Go for it. Umur masih muda. Langgar dinding berkali-kali tak apa. Cari mentor yang sesuai.
  3. Bila bisnes, duit akan datang tanpa had. Langit saja yang jadi hadnya. Mereka yang berbisnes tidak terlalu teruja nak tunjuk kaya sebab kaya mereka pada melabur dalam bisnes.
  4. Saya kagum bila anak muda berbisnes di usia awal 20-an, mereka mempunyai circle yang cukup osem. Rakan FB mereka orang yang berjaya, mereka akan baca buku untuk berjaya, dan tingkah laku mereka pun akan terdorong untuk berjaya.

Saya suka membantu anak muda buat bisnes bersama saya sebab faktor di atas. Saya nak mereka bina empayar bisnes dengan kudrat kepemudaan mereka.

Siapa umur 20-30 tahun, jangan tangguh-tangguh. Sekarang adalah masa kalian untuk buat bisnes. Jangan tunggu dapat kerja makan gaji.

Hilmi Ya’kub