Berapa Harga Kereta & Rumah Kita Mampu Beli?

Berapa harga kereta & rumah kita mampu beli? Ini tips daripada pakar yang saya belajar.

Harga kenderaan kita nak beli adalah setahun gaji kita. Contoh gaji kita RM2000 X 12 = RM24,000. Kereta apa yang dapat? Mungkin Axia atau Saga second hand.

Harga rumah kita nak beli adalah bersamaan dengan 4 gaji tahunan kita. Contoh gaji setahun RM24,000 X 4 tahun = RM96,000.

Ukur baju di badan sendiri. Bukan kepada apa yang orang lain kata.

Apa kesan dia kalau beli kereta mahal dan rumah gaya istana? Kesan dia kita tak akan mampu menyimpan sebab duit habis untuk bayar hutang saja.

Mohd Hilmi Ya’kub

Author: Hilmi Ya'kub

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *