Mohd Hilmi Ya'kub

Berkongsi Kewangan & Simpanan Emas

Belian Emas Cara Easy Payment Purchase (EPP) Bantu Disiplin Menyimpan

Public Gold mempunyai 3 cara belian emas, iaitu cara akaun Gold Accumulation Program, belian secara terus dan ansuran Patuh Syariah Easy Payment Purchase (EPP).

Melalui pemerhatian saya kepada pengalaman pelanggan dan saya sendiri, cara EPP ini amat berkesan untuk membantu kita berdisiplin dalam menyimpan. EPP boleh dibuat samada 4 kali bayaran untuk goldbar 20 gram ke bawah dan 10 kali bayaran untuk 50 gram ke atas.

Saya sendiri mencuba cara EPP 10 untuk 50 gram goldbar dan 1 dinar yang bermula pada Jun 2019 dan berakhir Mac 2020. Pada waktu itu, harga 1 gram dalam lingkungan RM192 segram. Keseluruhannya adalah RM10,438. Saya hanya bayar setiap bulan RM1033.

Setiap bulan saya kena buat bayaran ke nombor akaun Public Gold sebagaimana tertera di invois yang diberikan.

Ini nombor akaun untuk bayaran EPP. Boleh pilih salah satu. Resit saya wajib simpan dan saya kena bawa resit ini masa nak collect nanti. Kemudian, saya emelkan resit ini ke payment@publicgold.com.my. Untuk lebih selamat, saya buat 1 folder khas dalam laptop untuk memastikan resit itu tak hilang.

Jika tak nak buat folder begini, boleh juga trace resit di emel nanti.Search nombor invois di ruang carian di emel, contoh saya punya CSO566470. Maka akan keluarlah semua resit yang saya dah emelkan kepada payment Public Gold sebelum ini.

Berbeza kalau anda yang buat bayaran melalui mesin ATM. Ini kena berhati-hati. Sebaik mungkin sila buat pindahan wang melalui online banking. Kenapa? Pertama, kadang-kadang resit di mesin ATM kehabisan stok dan resit tak keluar.

Kedua, warna dakwat di resit kemungkinan akan pudar nak tunggu habis bayar 10 bulan tuh.

Ketiga, risiko resit hilang. Kalau berlaku salah satu ini, anda kena buat akuan sumpah di mahkamah dan kena denda RM10 untuk setiap resit. Melainkan pihak bank yang kita buat bayaran itu berhati baik nak tolong.

Ikut pengalaman saya, prosedurnya amat rumit. Selamat, buat pindahan online.

Kalau tak ada online, minta dealer anda untuk bantu. Anda transfer duit kepada dealer melalui mesin ATM, dan dealer anda akan transfer ke akaun Public Gold dan berikan resit online transfer kepada anda. Ini cara lebih selamat.

Saya buat keputusan untuk bayar awal dan dapat collect awal di cawangan Public Gold.

Alhamdulillah, ini hasilnya. Setelah bersengkang mata menabung RM1,033 sebulan, akhirnya rasa cukup puas bila dapat pegang 50 gram goldbar Bunga Mas begini. Sangat berbeza dengan pegang duit. Feeling amat speechless. Benarlah Allah s.w.t. sebut dalam Al-Quran, “Dihiasi kepada manusia suka akan harta yang berganda-ganda daripada emas dan perak..”

Cara nak collect cukup senang. Saya wasap staf tanya stok 50 gram ada ke tak ada. Kalau ada, boleh terus datang. Kalau tak ada stok, boleh minta staf order. Bila dah sampai stok, staf akan maklumkan kepada kita dan kita terus boleh collect.

Ingat, kena bawa IC dan resit. Kalau dapat kautim dengan staf, wasap semua resit kepada staf sekaligus. Tak perlu print.

Kesimpulannya, tak perlu risau emas kita dapat ke tidak. Memang akan dapat, cuma kena simpan semua resit bayaran baik-baik. Itu saja.
Persoalan biasa tentang cara belian EPP:

  1. Adakah cara ini patuh Syariah?Untuk makluman anda, semua urusniaga jual beli Public Gold disahkan patuh Syariah oleh penilai bertauliah iaitu Amanie Advisors yang diketuai oleh Datuk Dr Daud Bakar. Bayaran ansuran EPP ini adalah komitmen kita sebagai pembeli untuk membuat bayaran deposit emas, belum lagi bayar emas itu. Dengan kata lain, ia hanya jaminan kita nak bayar. Akad jual beli belum lagi berlaku. Dengan kata lain, kita boleh saja batalkan pembelian jika mahu tapi Public Gold tetapkan kena bayar 5% daripada harga keseluruhan kalua kita nak buat pembatalan. Bila dah buat semua bayaran, kita datang ke branch Public Gold bersama resit untuk collect, masa itulah akad jual beli berlaku.
  2. Kalau kita nak bayar lebih setiap bulan daripada jadual di invois, boleh? Ya, pasti boleh. Itu juga yang saya buat untuk goldbar 50 gram saya. Sepatut saya habis bayar bulan Mac 2020, tapi bulan Januari 2020 saya sudah habiskan bayaran dan saya collect terus.
  3. Boleh tak nak pindahkan pemilik untuk EPP? Boleh, tiada masalah sebab di emas itu tak ada sijil pemilikan sesiapa. Siapa bayar, dia yang dapat. Tapi ketika nak collect nanti, hanya pemilik asal kena datang untuk collect. Melainkan anda seorang dealer, pun masih kena isi borang authorization dan kena dapatkan tandatangan pemilik asal bersama Salinan IC pemilik asal. Staf Public Gold akan meghubungi pemilik asal untuk konfemkan yang anda collect bagi pihaknya.

Ada soalan lagi? Terus wasap saya 010-9610838 atau klik link wasap.my/60109610838/emasEPP

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Tentang Website

Berkongsi pengetahuan tentang ilmu kewangan dan simpanan emas yang betul dan patuh syariah kepada semua golongan lapisan masyarakat.

Hubungi Saya

Name
Hilmi Ya’kub

Contact Number
+6010-9610838

Link Whatsapp
Klik Sini 

Kategori

2 CARA MUDAH BELI EMAS

 

[1] BELIAN BIASA – Beli dan terus dapat emas, bayar secara online, dan ambil emas di cawangan Public Gold terdekat. KLIK untuk daftar percuma dan order secara online, atau terus beli di cawangan Public Gold dan beritahu nama Mohd Hilmi Ya’kub, kod dealer PG00090259 sebagai INTRODUCER untuk dapatkan bimbingan daripada saya selepas belian.

[2] AKAUN EMAS GAP – Beli dan simpan dengan Public Gold secara percuma, minimum 1 gram. Kumpul sedikit demi sedikit, dan boleh keluar emas itu (untuk disimpan sendiri) pada bila-bila masa di cawangan Public Gold terdekat. KLIK untuk maklumat lanjut tentang Akaun Emas GAP.

Untuk pembelian pertama, ikut langkah di bawah:

(a) Masukkan Duit

Bank-in / online transfer / ATM transfer duit ke akaun atas nama Public Gold Marketing Sdn. Bhd. di bawah berdasarkan harga per gram GAP harian di www.publicgold.com.my:

♢ 5571 3923 8048 (Maybank) (GAP)
♢ 5071 3410 4563 (Maybank)
♢ 3167 52 0833 (Public Bank)

(b) Wassap Maklumat Belian

Wassap maklumat di bawah dan attach slip bayaran ke nombor handphone Public Gold di +6017-2262916:

¤ Nama Penuh
¤ No. Kad Pengenalan
¤ No. Telefon
¤ Email
¤ Jumlah Bayaran
¤ Tarikh dan Masa Bayaran
¤ Introducer : PG00090259 Mohd Hilmi

(c) Semak GAP Statement

Tunggu Public Gold proses dalam masa 2 hari bekerja. Kalau dah terima email USERNAME, login website untuk semak GAP Statement selepas 2 HARI BEKERJA. Gunakan nombor Kad Pengenalan 12 digit sebagai PASSWORD.

Apa-apa persoalan, wassap saya +6010-9610838 (Hilmi).

Copyright © 2020 Mohd Hilmi Ya'kub