Ada prospek tanya saya;

“Kalau beli emas Public Gold, saya pergi jual di Singapura, saya dapat lebih keuntungan tak? Sebab matawang Dollar Singapura kan lebih tinggi berbanding ringgit”.

Saya termenung sekejap. Tak terfikir soalan ini.

Saya tetiba jadi fikir back to basic,

Kalau nak jual emas, tak ada pula mentor emas saya cadangkan jual di Singapura atau Brunei sebab nak kan harga jualan yang lebih tinggi.

Kalau nak untung lebih, hanya jual balik di Public Gold sebab spread kecil.

Itu saja info yang saya dapat sebelum ini.

Kenapa mentor saya tak cadangkan jual di Singapura atau Brunei ya kalau nak untung lebih?

Saya buat sikit kajian harga.

Maka barulah saya faham.

Ini kerana emas adalah wang antarabangsa. Walau di negara mana pun jual beli emas, tapi harga per gram emas tetap sama.

Kan Public Gold ada cawangan di Indonesia. Harga 1 gram emas Public Gold di Indonesia hari ini adalah 880.700 Rupiah. Harga 1 gram emas Public Gold hari ini di Malaysia RM264.

Harga emas Public Gold di Indonesia pada 29 Jun 2020
Harga emas Public Gold di Malaysia pada 26 Jun 2020

Saya try guna Exchange rate coverter, 880.700 rupiah bersamaan RM263 beza RM1 itu mungkin error pada converter.

Ini conversion rate menggunakan Google.

Baik, sekarang sudah dapat jawapan? Kenapa emas adalah wang antarabangsa? Bukti saya dah bagi tadi.

Melainkan sesebuah negara itu gaji rakyat (pendapatan per kapita) lebih tinggi. Mungkin di Brunei, gaji lepasan degree nya lebih tinggi. Ini kena tengok kepada kuasa beli mereka pula.

Keadaan begini mungkin praktikal kalau orang Brunei atau Singapura yang bekerja di negara mereka dan mereka membeli emas Public Gold, mereka jual balik di negara mereka juga. Boleh dipertimbangkan sebab kuasa beli (gaji mereka lebih tinggi daripada kita, bukan kerana currency)

Jadi, teknik nak dapat untung cepat dengan emas melalui jual di negara yang currency lebih tinggi tak jadi dengan emas.

Hilmi Ya’kub
Ini pandangan saya tanpa terlebih dahulu merujuk kepada pakar. 😂