“Ok mi, kalau you dapat bagi jaminan beli emas dapat return dalam masa 3 bulan, saya angkat 1 kilogram emas.”

Ini real story saya minggu lepas masa jumpa prospek. Bergegar jugak jantung nak menjawabnya. Huhu.

Maka saya curi-curi buka fon nak wasap mentor-mentor saya. Tapi tak sempat jugak nak tanya masa tu. Saya tanya selepas balik jumpa jutawan tersebut. 🤣 Inilah pentingnya ada mentor. Pengalaman mematangkan.

Emas bukan instrumen untuk kita gandakan duit dalam masa yang singkat. Tapi untuk jangka masa lama, ya. Emas boleh mencecah 18% kenaikan dalam masa 3 tahun.

Saya kongsikan strategi untung dengan emas. Ada 2 strategi jika anda nak untung dengan emas.

Strategi 1: Simpan emas sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.

Strategi 2. Terus beli emas banyak, boleh untung banyak.

Emas 250 gram sesuai untuk dijadikan pelaburan kerana spread rendah dan harga lebih murah daripada emas yang lebih ringan

Huraian:

Jika budget anda kecil, maka simpanlah emas sedikit-sedikit tapi konsisten. Contohnya 1 ke 2 gram sebulan.

Dalam jangka masa panjang (5 tahun ke 10 tahun) nilai simpanan emas anda semakin meningkat.

Namun jika anda ada modal besar, anda boleh terus beli emas dengan nilai yang besar.

Contohnya 100 gram ke, 1 kilo ke.

Potensi untung besar adalah lebih besar.

Soalan: Macam mana nak tahu samada anda kena beli sedikit-sedikit atau terus beli besar?

Jawapannya adalah. Tengok kedalaman poket anda. Ehem!

Mohd Hilmi Ya’kub

10 Feb 2018

Kuching, Sarawak