Belajar Dengan Orang Tua Jutawan Senyap

10 April 2018 0 By Hilmi Ya'kub

Pak cik ni la yang jumpa saya semalam di booth Mood Republik bagitau dah lama cari jongkong emas dan dinar macam ni. Dia suruh saya datang rumah borak pasal emas.“Tuhan hantar kitak untuk perkenalkan kepada kamek”. Katanya tadi. Haha.Pak cik ni banyak pengalaman kewangan. Dia beli rumah masa muda-muda dulu dalam 10 – 20 tahun lepas. Dekat 12 bidang tanah. Harga dalam lingkungan RM5000 seekar masa tu. Sekarang dia kata harga sampai RM50 ribu seekar. Naik 10 kali ganda!!Tapi masa tu semua orang tak suka dia beli aset hartanah. Dia kata isteri dia marah nak beli dulu. Sekarang bila dah tengok harga mencecah 1 juta semua nilai hartanah dia, baru terbeliak biji mata isteri dia.Inilah contoh jutawan senyap. Pakai macam ni je. Ada 3 buah kedai runcit yang orang lain tolong uruskan, ada rumah yang dah siap untuk duduk 5 biji seluruh Kuching. Tapi hidup bawah kemampuan. Rumah pun tak ada aircond. Dan dia tak bagi anak-anak beli aircond. 🤣👍👍Sekarang dia tak perlukan duit lagi. Duit sudah terlalu amat cukup bagi dia. Dia nak melancong ke timur tengah, sedekah untuk pahala hidup selepas mati.Jom belajar dengan orang tua kaya!! 1 Dinar diangkatnya dulu. Tapi esok gi ambik kat Public Gold. Ni dinar saya ni.Yang membezakan dia dengan kawan sebayanya adalah ilmu kewangan. Sebab tu jangan pandang remeh ilmu kewangan. Dia kata, apa yang dia ada sekarang ni, dia bermula 15 tahun yang lalu lagi bertindak. Sekarang dapat hasil.