Alhamdulillah 27 Julai 2019 genap 2 tahun saya sebagai dealer Public Gold secara suka-suka, part time. Saya bermula sebagai penyimpan emas yang dahagakan ilmu. Saya baca buku Wang Emas : Bertahan Ketika Gawat tulisan Mohd Zulkifli Syafie pada permulaan pengenalan saya dengan emas, saya hadiri beberapa siri seminar emas percuma Public Gold di cawangan Kuching dan baca blog guru-guru emas di Malaysia. Bila saya ada sikit pengetahuan tentang emas, saya berkongsi dengan kawan-kawan, saudara mara dan sesiapa saja yang saya jumpa. Bila mereka faham dan ingin  memulakan simpanan emas juga, saya yang pada masa itu belum lagi berstatus dealer Public Gold rasa tak yakin untuk menjadi introducer mereka.

Buku Wang Emas: Bertahan Ketika Gawat benar-benar mengubah pemahaman saya mengenai emas

Apabila saya sudah banyak bercakap tentang emas dan ramai telah sedar akan kepentingan emas selepas mendengar celoteh saya, saya rasa saya ‘terpaksa’ jadi dealer. Rugi kalau saya tak ambil peluang ini. Maka dengan berbekalkan sedikit wang simpanan pada waktu itu, hujung bulan Julai 2017, saya membuat tindakan besar untuk upgrade status daripada pelanggan Public Gold biasa kepada Normal Dealer Public Gold yang memberikan 1% insentif untuk setiap pembelian saya dan juga orang yang saya perkenalkan mereka bagi membeli emas dengan Public Gold.

Perjalanan saya dalam Public Gold sehingga Ogos 2019

Sepanjang 2 tahun ini, berkat usaha, doa daripada semua dan tawakkal, ada beberapa pencapaian yang saya telah berjaya dapat dan saya buktikan saya mampu walaupun saya tidak ada sebarang pengalaman dalam bisnes.

Pada 31 Mei 2019, saya berjaya pecahkan rekod upgrade status dealer daripada Priority Dealer kepada Master Dealer, iaitu peringkat tertinggi dalam dealership Public Gold yang memberikan insentif 2% daripada setiap pembelian kita sendiri dan orang yang kita perkenalkan.

Sebulan sebelum itu, saya dapat maklumat daripada Ketua Cawangan Public Gold Kota Bharu yang saya akan mendapat anugerah Superstar Dealer pada malam Annual Recognition Night 2019 Public Gold. Anugerah ini diberikan kepada dealer yang berjaya mencapai jualan melebihi RM400,000 sepanjang tahun sebelum.

Terkini, pada 30 Ogos 2019, saya berjaya mencapai status Star Master Dealer dengan bilangan pelanggan di bawah empayar saya mencecah 1000 orang. Saya puas! Alhamdulillah.

Star Master Dealer Public Gold unlocked
Star Master Dealer Public Gold unlocked
Pencapaian terkini saya setakat ini adalah Star Master Dealer

Dengan perjalanan saya dalam bisnes bersama platform Public Gold ini, saya cukup yakin bahawa apa yang saya buat keputusan pada penghujung Julai 2017 adalah tepat dan saya terus optimis yang platform ini bakal membawa saya kepada kebebasan kewangan (financial freedom).

Masa saya ikuti program JutawanEmas Leadership Training (JLT) pada awal bulan September 2017, satu program Public Gold untuk melatih para dealer yang baru, saya sempat berborak dan makan bersama mentor saya, iaitu Tuan Mohd Zulkifli Syafie. Dalam sesi perbualan pasal bisnes ketika itu, dia memberi satu kata keramat kepada saya. Setelah beliau melibatkan diri 7 tahun dalam bisnes dan mempunyai pendapatan pasif bersama Public Gold, dia kata kepada saya, “Dalam masa 7 tahun Encik Hilmi jadi seperti saya”.

Fuh, berderau bulu roma saya bila diberikan harapan sebegitu tinggi oleh mentor yang saya baru kenal sehari. Saya pada waktu itu baru bulan kedua saya dealer Public Gold dan saya baru ada 19 orang pelanggan. Ya, baru 19 orang. Entah kemana lagi hala tuju saya dalam bisnes pada masa itu.

Harapan Tuan Zulkifli itu saya bawa ke mana-mana. Saya terus bakar dan bakar semangat itu sampai hari ini dan mungkin juga sampai bila-bila.

Dengan platform Public Gold, kita boleh letakkan sasaran setiap tahun dan buat secara konsisten sehingga 7 tahun. Boleh rujuk kepada gambarajah dibawah, sampai 7 tahun, buat secara konsisten InsyaAllah saya pasti financial freedom adalah milik kita. Amin.

Potensi bisnes Public Gold selama 7 tahun

Status kewangan financial freedom ini, mengikut beberapa perkongsian para sifu kewangan, ia tak semestinya kaya. Tetapi bebas kewangan yang sebenar adalah apabila pendapatan kita melebihi perbelanjaan. Kita tak merungut duit tak cukup setiap bulan, sebab kita sudah capai tahap ini, iaitu financial freedom.

Saya doakan kepada anda yang baca coretan saya ini, dan mencari-cari peluang bisnes bina pendapatan pasif dalam masa 7 tahun, anda boleh pertimbangkan untuk menceburkan diri sebagai dealer Public Gold.

Mohd Hilmi Ya’kub

Pasir Mas, Kelantan

4 September 2019