Bebas kewangan bermula dengan 1 gram emas pertama.

Tahun 2011 saya mula ada pendapatan selepas tamat belajar, saya tiada ilmu kewangan. Aset, liabiliti, emas, simpanan? Semua asing bagi saya. Di universiti tiada pendedahan kepada benda sebegini.

Saya mula kenal emas tahun 2016, setelah 5 tahun ada pendapatan yang buta kewangan. Anda boleh agak berapa banyak hutang saya sempat buat dalam masa 5 tahun?

Tahun 2016 saya bermula dengan RM100 sahaja simpan emas melalui akaun GAP Public Gold. Bermula dari situ, saya dapat banyak ilmu mengenai kewangan hasil daripada perkongsian para dealer Public Gold.

Benar, mereka bukan pakar kewangan yang selalu kita tengok dalam TV tu. Tapi mereka membuka mata saya apa itu aset, apa itu liabiliti, berapa banyak kena menyimpan, menyimpan untuk apa.

Semua ini saya dapat selepas saya mula menyimpan emas dengan RM100 itu.

Bermula daripada situ, saya teroka sikit demi sikit ilmu kewangan sendiri. Sambil menjadikan emas sebagai simpanan wajib bulanan saya.

Tahun 2017, saya upgrade dealer Public Gold. Di sini saya sudah faham pendapatan pasif. Saya tekad nak fokus betul-betul dengan bisnes Public Gold dan saya nak ada pendapatan pasif minima RM1000 sebulan.

RM1000 itu pada asalnya nak menampung bebanan hutang saya sebab saya terpaksa bayar 2 biji kereta, 1 biji rumah, 1 hutang peribadi dan 1 kad kredit.

Belum lagi terfikir nak guna untuk setelkan hutang dengan cepat. Ia hanya nak rasa tenang sikit saja. Orang kata nak bernafas. Hutang memang memenatkan. Saya tak tahu anda yang banyak berhutang rasa macam mana. Saya dah rasainya dan ia amat perit.

Tahun 2018 saya mula buang hutang yang saya rasa tak perlu. Saya bagi kereta Honda Jazz yang saya baru beli 3 tahun kepada kakak saya. Dia sambung bayar. Saya dapat lebihan tunai RM900 sebulan. Alhamdulillah. Saya hanya bayar 1 biji kereta.

Nak mudah lagi, loan kereta satu lagi itu saya gabungkan dengan personal loan sedia ada. Refinance kononnya. Okay sikitlah bayar sekali gus. Sebab itu personal loan saya bertambah.

Tahun 2019 saya potong kad kredit. kad kredit ni saya pakai sejak tahun 2013 lagi. 6 tahun berkhidmat kepada saya. Sampai masanya saya lepaskan saja ia pergi.

Alhamdulillah. Tahun 2020 semua nya telah tiada. Saya nak bagitau, saya bermula dulu dengan RM100 beli emas Public Gold.

Saya amat terhutang budi dengan Public Gold kerana saya bukan saja dapat emas, tapi saya dapat pakej ilmu yang mahal. Sungguh mahal.

Kepada kawan-kawan yang nak bebas hutang, mungkin boleh ikut cara saya. Mulakan menyimpan emas Public Gold sebagai tabiat yang baik.

Saya sedia membantu anda insyaAllah.