Saya tahu mengenai emas ini tahun 2005 bila kerajaan negeri Kelantan mengeluarkan Dinar Kelantan. Saya sekadar tahu dan tak ambil perhatian sangat. Ada seorang kenalan menunjukkan Dinar Kelantan dan Dirham Kelantan kepada saya sekitar tahun 2006. Harga 1 Dinar emas ketulenan 917 pada waktu itu dalam RM300-400. Saya rasa mahal, jadi saya beli 1 dirham yang seingat saya harga RM25. Itulah permulaan saya mengenali logam berharga.

Selang lebih 10 tahun, 1 dirham itu masih saya simpan, tapi tak terdetik lagi nak kaji pasal emas dan perak.

Awal tahun 2016, bila saya rasa tersepit dengan komitmen kewangan akibat tiada ilmu di awal dapat pekerjaan, saya pun nak keluar daripada kemelut hutang. Saya terjumpa buku Zero Hutang tulisan Mohd Zulkifli Syafie di sebuah kedai buku. Dalam buku itu ada banyak cerita mengenai emas. Emas dan kewangan berkaitan.

Tak lama selepas itu, saya mencari-cari platform beli emas yang ada di Malaysia. Ada beberapa syarikat yang menawarkan jual beli emas. Alhamdulillah, saya sudah temui syarikat yang pada hemat saya terbaik pada waktu itu. Dari situlah permulaan pengembaraan saya dengan emas bermula.

Permulaan adalah suatu pengembaraan. Ia tidak berhenti di satu tempat. Tapi terus berjalan. Saya terus mengembara mencari ilmu emas dan kewangan sehingga saya merasakan orang lain pun berhak mendapat perkara yang sama seperti saya. Jadi saya menggunakan platform Public Gold untuk berkongsi dengan seramai mungkin untuk memahami emas secara tepat. InsyaAllah.