Asas Ingin Kaya Adalah Menyimpan

Ramai nak jadi kaya kan?

Tapi tak ramai yang mempunyai sikap yang orang-orang kaya amalkan sebelum dia jadi kaya. Iaitu sikap menyimpan. Ini diakui sendiri oleh pakar kewangan Azizi Ali dalam buku beliau, Lahirnya Seorang Jutawan.

Letak dalam tabung kat rumah habis, simpan dalam Tabung Haji pun korek balik. Letak dalam wallet, tempat singgah duit saja. Tak pernah dapat bertahan.

Kalau sikap ini tak dapat dibendung, matlamat nak bebas kewangan dan jadi kaya lambat lagi kak, bang, adik. Nafsu berbelanja tak dapat dikekang lagi.

Tapi saya yakin, kalau simpan duit dalam bentuk emas, emas yang sama akan kekal dalam tabung. Emas yang kita simpan dalam wallet akan kekal bertahun. Ia emas. Ia bukan untuk dibelanja, tapi ia kalis boros dan kalis nafsu ‘korek balik’

Simpan emas, walaupun belum jadi kaya tapi sikap orang kaya tu sudah ada. Kan…

Author: Hilmi Ya'kub

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *