Muka Depan

Muka Depan


Merah 🔴 : Ini 1 dinar muka depan. Tercatat tulisan 1 dinar dan nombor siri pengeluaran. Nombor siri ini mesti sama dengan nombor siri di petak hitam kat bawah.

Mula Belakang

Muka Belakang


Merah 🔴 : Gold Certificate. Ini adalah ciri-ciri yang ada pada emas dalam seal (sarung) itu. Contoh gambar ini adalah 1 dinar yang beratnya 4.25 gram. Kemudian ada ditulis diameter iaitu ukuran garis lurus dari setiap sisi dinar. Fineness adalah kualiti ketulenan, Au 999.9. Au merujuk kepada emas dalam bahasa Latin iaitu Aurum. Certified Assayer adalah yang paling penting. Beliau lah orang yang memastikan ketulenan sesuatu logam, di sini adalah ema situ betul atau pun tidak. Dinar ini Assayer nya dari Nadir Metal Rafinery, Turki.


Biru 🔵 : Merujuk kepada kilang yang mengeluarkan emas. Dinar LBMA ini adalah Nadir Metal Rafinery dari Turki. Nadir adalah antara tiga syarikat yang membuat minting (lebur) emas terbesar di dunia. Ia mendapat pengiktirafan London Bullion Market Association (LBMA). Sebab itu Public Gold namakan goldbar atau dinar yang begini sebagai LBMA untuk bezakan dengan Bungamas / Taifook.


Hijau ❇ : Sticker yang menunjukkan emas ini belum dikoyak. Kalau stiker ini rosak, Public Gold letakkan spread otomatik jadi 10%. Antara sebab stiker ini boleh terkoyak adalah kerana gadai di Arrahnu atau pajak gadai yang mensyaratkan kena buka sarung untuk diuji ketulenannya.


Hitam ⚫ : Inilah emasnya di bahagian belakang. Berada dalam sarung elok. Tercatat tulisan 1 dinar.

Hilmi Ya’kub