Apakah yang membezakan wang RM50 dan RM100?

Adakah pada beratnya, atau hanya cetakan gambar pada kertas saja?

Inilah kemusnahan yang paling besar kepada sistem kewangan dunia.

Dulu-dulu dunia menggunakan emas & perak sebagai duit. Emas dan perak nilainya berada pada dirinya sendiri. Ia berbeza kerana ada ‘intrinsic value’ pada berat dan ketulenan logam emas & perak.

Tapi apakan ‘value’ pada sehelai kertas? Tiada.

Anda pernah dengar wang kertas nilainya meningkat? Tak pernah.

Kata Kenneth J. Gerbino, kalau anda tak percayakan emas tak apa, tapi saya yakin anda pasti akan percaya kepada lojik akal ini.

Pokok pine yang harganya sebatang dalam $4000 – 5000, dipotong halus-halus, dijadikan kertas dan diletakkan tulisan ke atas kertas itu, dan kemudian dia dipanggil 1 juta dollar?

Hilmi Ya’kub