Ambil Satu Jenis Lauk Saja Makan Tengahari

Ambil Satu Jenis Lauk Saja Makan Tengahari

4 April 2021 0 By Hilmi Ya'kub

Bila makan tengahari, kena jaga betul-betul pengambilan kalori supaya tak berlebihan.

Tak ada masalah kalau kalian nak ambil lebih sikit daripada sarapan pagi kerana tenaga banyak digunakan untuk bekerja.

Tapi yang paling penting kena jaga pemilihan lauk pauk. Jangan bagi berlebihan. Kalau nak makan ikan goreng, cukuplah ikan goreng itu saja. Tak perlu tambah lagi telur dadar atau ayam masak merah.

Ini bukan sebab lauk sumber laut dan darat tak boleh bercampur tapi tak nak berlebihan kalori.

Bayangkan:

Nasi : 150 kalori

Ayam masak merah : 220 kalori

Ikan goreng : 150 kalori

Telur dadar : 100 kalori

Disini saja sudah 620 kalori. Belum masuk lagi air sirap ke teh ais ke. Pendek kata kalau kita jenis ambil lauk banyak jenis, dia dah makan separuh daripada keperluan kalori sehari.

Kalau nak kurangkan berat badan, kurangkan kalorinya. Segenggam nasi, sejenis lauk dan sesenduk sayur. Lepas itu minum air sejuk. Kan cantik begitu.

Hilmi Ya’kub