Setiap kali seminar emas yang saya adalah speakernya, saya akan cuba selit satu dua ayat Al-Quran yang menyebut mengenai emas.

Dalam Al-quran, banyak yang amat menyebut tentang emas, didatangkan dalam maksud pelbagai fungsi dan manfaat. Jika kita kenal emas hanya pada harganya saja, itu jaaaauuh lagi perjalanan dalam memahami emas.

Izinkan saya memetik beberapa ayat dalam Al-quran mengenai emas.

  1. Emas secara fitrahnya indah pada pandangan manusia. – Surah Ali Imran ayat 14.
  2. Emas adalah alat tukaran paling bernilai. – Surah Ali Imran ayat 91.
  3. Emas sebagai alat simpanan yang sebenar. – Surah At-Taubah ayat 34.
  4. Emas adalah lambang dan bukti kekayaan sebenar. – Surah Az-Zukhruf ayat 71.

Saya nak pastikan bila orang Islam simpan emas, dia semakin dekat dengan Al-Quran. Ya. Ini janji saya pada diri sendiri sejak awal lagi apabila saya mula ceburkan diri dalam bidang emas.

Hilmi Ya’kub
Ajak orang simpan emas adalah dakwah bagi saya.