Mohd Hilmi Ya'kub

Berkongsi Kewangan & Simpanan Emas

1 to 1 Bersama Tuan Zaidi Ismail

Alhamdulillah, pada tanggal 4 Disember 2019 jam 8.30 malam, saya berpeluang coaching 1 to 1 saya bersama jurutera forensik kewangan, Tuan Zaidi Ismail semalam.

Saya mengenali beliau sejak 2 tahun lepas selepas saya diperkenalkan oleh mentor saya, En Zulkifli Shafie.

Sebelum ini saya dah hadiri 2 kali seminar bersama Tuan Zaidi. Sekali di KL dan sekali di Kota Bharu. Dan kali ini saya tekad untuk menjadi ahli urusinsan seumur hidup dengan sedikit bayaran.

Perbincangan semalam sudah dirancang masa dan lokasi seminggu lebih awal. Sesi semalam mengambil masa selama 2 jam.

Saya diberikan satu borang analisa kewangan 6 mukasurat pada 3 hari sebelum ini, untuk saya isi dan bawa semasa sesi 1 to 1 malam tadi.

Selepas Tuan Zaidi menganalisa status kewangan saya, pendapatan, perbelanjaan, komitmen dan dia rujuk apa matlamat kewangan di mukasurat terakhir borang tersebut.

Saya perhatikan, perkara pertama yang kita kena ambil berat pasal pengurusan kewangan adalah MATLAMAT. Ia paling utama. Gaji banyak mana pun, kalau matlamat kewangan tiada, ia kelaut juga akhirnya.

Matlamat kewangan saya paling utama saya nak bebas daripada hutang jahat secepat mungkin, beli hartanah dan beli kereta secara tunai.

Bila Tuan Zaidi analisa status kewangan saya, saya pun tak terfikir yang pendapatan saya ada lebihan RMXXXX. Dalam masa yang sama saya ada buat simpanan emas dalam XX gram dan Pembiayaan ASB RMXXX ribu.

Oleh kerana matlamat saya nak selesaikan hutang peribadi, saya kena fokus untuk urusan itu dahulu. Saya tak boleh selesaikan hutang dan dalam masa yang sama nak buat simpanan 3 – 6 bulan gaji. Tak boleh.

Kalau dua matlamat nak buat dalam satu-satu masa, ia tak berjalan. Kita akan rasa penat.

Nasihat Tuan Zaidi untuk saya adalah, jual semua emas yang saya ada, terminate Pembiayaan ASB, dan buat simpanan dengan lebihan duit saya RMXXXX tadi dalam masa 2 bulan.

Gunakan semua duit daripada simpanan emas, Pembiayaan ASB dan duit simpanan, empat bulan akan datang setelkan hutang peribadi RM47k.

Wow. Saya terkejut. Ini cadangan bukan magik tapi praktikal. Daripada baki lagi 8 tahun untuk setelkan hutang peribadi tersebut, saya sebenarnya boleh pendekkan kepada 4 bulan saja!

Jadi, bulan Mac 2020 saya akan kotakan janji saya ini iaitu setelkan hutang peribadi. insyaAllah amin ya rabb.

Bila saya dah setelkan hutang, saya ada pilihan beli emas lagi banyak untuk ganti yang dah saya jual itu.

Untuk hartanah pula, nasihat Tuan Zaidi sesuai dengan kondisi saya di Kelantan.

Pelaburan hartanah yang selalu kita baca, dengar dan lihat adalah di lokasi maju seperti lembah Klang, dan bandar-bandar besar.

Bagaimana dengan di Kota Bharu atau umumnya di Kelantan.

Kondisi ilmu hartanah yang kita baca itu tak sesuai nak praktik di Kelantan. Sebab pasaran rumah sewa di sini tak seimbang dari segi harga dan demand.

Kalau saya nak beli hartanah di lembah klang. Tak kan saya nak pergi sebulan sekali cek rumah, ataupun saya nak bayar orang supaya tolong tengok-tengok kan.

Tuan Zaidi cadangkan kepada saya tips hebat. Iaitu saya tak perlu beli rumah. Tapi saya beli tanah, lepas itu saya bina rumah sewa 4 bilik dengan kos lebih kurang RM20k saja, atau buat resort dan tempat event.

Kembangkan sehingga ada beberapa blok rumah sewa. Dari situ, pendapatan pasif daripada hartanah sebegini mungkin dapat lebih besar daripada hartanah yang beli sebiji-sebiji begitu.

Baru saya faham, hartanah tak semestinya beli rumah lelong dan sewakan, beli rumah busuk kemudian renovate dan sewakan, beli rumah kos rendah dan sewakan, beli rumah orang terdesak nak jual dan sewakan.

Hartanah lebih daripada itu.

Itulah serba sedikit nasihat Tuan Zaidi yang saya dapat kongsikan semalam. Saya tak benarkan copy & paste tulisan ini. Biar kalian baca di sini saja.

Hilmi Ya’kub
Ingin kaya dunia & akhirat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Tentang Website

Berkongsi pengetahuan tentang ilmu kewangan dan simpanan emas yang betul dan patuh syariah kepada semua golongan lapisan masyarakat.

Hubungi Saya

Name
Hilmi Ya’kub

Contact Number
+6010-9610838

Link Whatsapp
Klik Sini 

Kategori

2 CARA MUDAH BELI EMAS

 

[1] BELIAN BIASA – Beli dan terus dapat emas, bayar secara online, dan ambil emas di cawangan Public Gold terdekat. KLIK untuk daftar percuma dan order secara online, atau terus beli di cawangan Public Gold dan beritahu nama Mohd Hilmi Ya’kub, kod dealer PG00090259 sebagai INTRODUCER untuk dapatkan bimbingan daripada saya selepas belian.

[2] AKAUN EMAS GAP – Beli dan simpan dengan Public Gold secara percuma, minimum 1 gram. Kumpul sedikit demi sedikit, dan boleh keluar emas itu (untuk disimpan sendiri) pada bila-bila masa di cawangan Public Gold terdekat. KLIK untuk maklumat lanjut tentang Akaun Emas GAP.

Untuk pembelian pertama, ikut langkah di bawah:

(a) Masukkan Duit

Bank-in / online transfer / ATM transfer duit ke akaun atas nama Public Gold Marketing Sdn. Bhd. di bawah berdasarkan harga per gram GAP harian di www.publicgold.com.my:

♢ 5571 3923 8048 (Maybank) (GAP)
♢ 5071 3410 4563 (Maybank)
♢ 3167 52 0833 (Public Bank)

(b) Wassap Maklumat Belian

Wassap maklumat di bawah dan attach slip bayaran ke nombor handphone Public Gold di +6017-2262916:

¤ Nama Penuh
¤ No. Kad Pengenalan
¤ No. Telefon
¤ Email
¤ Jumlah Bayaran
¤ Tarikh dan Masa Bayaran
¤ Introducer : PG00090259 Mohd Hilmi

(c) Semak GAP Statement

Tunggu Public Gold proses dalam masa 2 hari bekerja. Kalau dah terima email USERNAME, login website untuk semak GAP Statement selepas 2 HARI BEKERJA. Gunakan nombor Kad Pengenalan 12 digit sebagai PASSWORD.

Apa-apa persoalan, wassap saya +6010-9610838 (Hilmi).

Copyright © 2020 Mohd Hilmi Ya'kub