Nak buat apa saja, hati kena tenang. Sama juga dalam simpanan atau pelaburan. Pakar kewangan pesan, melaburlah dalam apa yang kita ada ilmu mengenainya dan kita boleh tidur lena.

Dalam emas pun kena ada rasa tenang. Kalau beli hari ini sampai ambil masa setahun duk rasa fed-up dengan emas, itu tak tenang namanya. Beli 1 gram harga mahal, dah serik tak beli-beli lagi.

Antara tips nak tenang beli emas

Fokus kepada pertambahan gram emas. Beli hari ini, bulan depan beli lagi. Sikit-sikit pun tak apa yang penting konsisten.

Usah fikir pasal harga. Kita bukan semua pakar nak ramal harga turun atau naik. Tapi harga emas ada turun sikit tapi naik banyak. Kalau beli simpan untuk jangka masa 2 tahun ke atas, harga emas pasti akan naik kerana duit kita jatuh saban tahun. Jadi tak perlu risau pasal harga. Tengok poin nombor 3.

Simpan emas bermatlamat. Simpan emas untuk tujuan apa, berapa gram sebulan nak tambah, nak simpan sampai bila. Ini semua adalah kunci untuk tenang dalam simpanan emas.

Contoh nak simpan untuk dana haji, kos RM15 ribu. Bila ditukar kepada gram emas, dia jadi dalam 54 gram (RM15000 ÷ RM280 (1 gram emas)). Baik, 54 gram ni nak cukupkan dalam berapa tahun. Katakan 3 tahun, jadi dalam masa 3 tahun, kena konsisten beli 1 ½ gram emas setiap bulan.

Ini akan jadikan anda tenang tak sibuk fikir pasal stres tengok harga emas.