Saya mula kenal teori 20:80 ini selepas saya baca buku The Psychology of Selling tulisan Brian Tracy 3 tahun lalu, selepas diperkenalkan oleh guru bisnes saya Hafizul Hakim.

Kalau orang tanya saya apa tips saya untuk capai peringkat lebih tinggi dalam bisnes Public Gold, inilah antara jawapan saya. Saya ikut apa yang Brian Tracy ajar, Pareto Principle 20:80.

Benda ni bukan semata-mata teori tapi kita boleh guna dalam semua perkara yang kita buat dalam hidup.

Ia teori mat saleh, tapi bila saya perhatikan dalam Al-Quran, ada beberapa kali disebut pasal golongan sedikit yang sentiasa berjaya kan.

Contohnya dalam Surah Al-Mulk, ayat 23 maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit antara kamu yang bersyukur”.

Dan ada ayat Al-Quran lain lagi,

👍 Sedikit sangat orang yang ingat kepada Allah, Surah Al-A’raf ayat 3

👍 Sedikit sangat orang yang beriman kepada Allah, Surah Al-Haaqah ayat 41

20:80 ini boleh diaplikasikan dalam semua aspek. Buat dan tengok hasilnya.

Sebagai contoh dalam pekerjaan, kita gunakan teknik 20% usaha dan hasilnya 80%. Ini Islam panggil keberkatan.

✅ Dalam bekerja, kita sendiri sebagai manusia ada batas dan had tenaga kita juga kan. Bila semua kita dah atur dan susun dengan baik, kita mungkin hanya perlukan 20% kerja tapi impaknya
80% kepada kualiti kerja kita. Prestasi pun boleh meningkat.

✅ Dan dalam bisnes, saya sentiasa nak berada dalam 20% dalam industri bisnes saya. Takkan kita nak sentiasa duduk di ‘average’ saja kan selama-lamanya.

Jadi saya gunakan 20:80 untuk sentiasa majukan diri. Kita naik setangga demi setangga, tanpa kita perlu bersaing sengan sesiapa. Kita cabar diri kita sendiri.

Langkahnya kita susun, datang cari ilmu selalu, bersama dengan mereka yang dah berjaya, tanya mereka apa yang mereka buat untuk berjaya dan senarai ini tak akan habis.

Kita mungkin tak jadi top 1 atau top 10. Tapi tak mustahil kita boleh jadi top 20%.

✅ Bila kita sudah ada bisnes, kita pastinya ada pelanggan, betul tak? Jadi kita boleh gunakan 20:80 ini untuk bagi servis kepada pelanggan pula.

Bila kita ada 1000 pelanggan, kita tak larat nak serve kesemuanya dalam satu-satu masa.

Jadi saya fokus 20% pelanggan yang berkualiti dan memberikan pendapatan kepada kita berterusan.

Pelanggan ini kita bagi layanan VIP. Beri keutamaan, hantar kad ucapan, bagi info produk terbaru dan apa-apa saja yang dirasakan perlu.

Begitulah 20:80 ini berguna untuk saya. Kalian pun boleh gunakan di mana-mana yang dirasakan sesuai.
Hilmi Ya’kub
Klik https://t.me/notaemasHY