10 bintang dia bagi. 🤣

Adik ini pelanggan terbaru saya baru umur 18 tahun. Dia baru saja daftar sebuah IPTA September lepas. Sekarang terpaksa belajar online di rumah kat kampung di Pasir Mas.

Tadi saya jumpa dia dan saya bagi penerangan bagaimana umur 18 tahun boleh dapat 100 gram pertama dalam masa 10 tahun.

Saya jangka dia akan ada lebih 100 gram sebelum umur 30 tahun, insyaAllah.

Saya hadiahkan beliau buku Ttavelog Emas untuk bacaan permulaan dia. Dia boleh habiskan bacaan buku ini dalam masa 30 minit gais.

Tak sampai 30 minit habis baca sebuah buku

Dia meluahkan perasaan kat saya, ramai rakan-rakan sekampus dia dapat elaun tertunggak 3 bulan. Baru saja masuk awal bulan Disember.

Mereka masing-masing dah bincang nak shopping online dalam group whatsapp. Adik ini memerhati saja gelagat kawan-kawan dia.

Mereka sudah berpakat nak shopping hari ini sempena Sales 12.12. Duit elaun 3 bulan mungkin habis begitu saja.

Tapi adik ini bijak. Dia tukarkan duit elaun dia kepada 10 gram + 1 dinar. Jumlahnya 14.25 gram emas. Sebab itu saya yakin dia akan berjaya kumpul lebih 100 gram sebelum usia 30 tahun.

Boleh kongsikan kerisauan adik ini kepada anak-anak muda yang dapat PTPTN, elaun atau biasiswa itu?

Mereka tak tahu nak guna duit itu untuk apa sebab sekarang belajar di rumah, semua ibubapa yang tanggung.

Makan minum tak perlu belanja dah. Kos belajar RM0. Kalau tak reti urus duit elaun 3 bulan tu, huhhhh. Entah lah. Dia masuk singgah saja lah dalam akaun bank.