Antara impian saya buat bisnes adalah nak ada multiple sources of income (MSI). Ramai pakar kewangan yang mencadangkan kita kena ada lebih 2 pendapatan.

Saya pun rancang lah untuk nak ada gaji mingguan yang saya tak perlu buat kerja kesemuanya. Saya hanya ada kerja hakiki 1 saja, 3 pendapatan lagi saya dapat secara santai-santai.

Alhamdulillah ia berhasil dengan Public Gold. Dengan Public Gold saja dah ada 2 kali pendapatan.

Minggu 1 : Insentif Public Gold
Minggu 2 : Cashback PG Mall (under PG Group)
Minggu 3 : Gaji kerja
Minggu 4 : Sewaan rumah

Dengan Public Gold, saya hanya perlu kerja yang agak minima, hujung minggu atau waktu malam saja.

Dekat dunia ini ada 7 jenis pendapatan yang kita boleh jadikan MSI. Yang mana kita nak pilih, tanya keupayaan dan kebolehan masing-masing. 7 jenis pendapatan itu antaranya:

  1. Gaji
  2. Projek (pembinaan etc)
  3. Komisen / insentif
  4. Sewaan property
  5. Royalti buku atau karya
  6. Upah servis (menjahit etc)
  7. Untung pelaburan

Kepada kalian yang terjejas pendapatan musim pandemik ini, semoga Allah s.w.t. melapangkan rezeki anda semua.

Sungguh rezeki Allah amat luas. Kita kena minta dengan Dia dan teruskan berusaha sampai jadi hasilnya.

Hilmi Ya’kub
Pasir Mas
26 Jan 2021